Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Hukum Upah Menulis Skripsi

Hukum Upah Menulis Skripsi

Darulihtidaulislam.coom- Assalamualaikum Afwan, asatidz wa gawagis , Kalau uang hasil joki skripsi itu halal atau haram ? (Dari pembuatan judul sampai revisi - pokoknya pelanggan terima jadi terus wisuda-)

Jawaban: 

Asal jual beli berdasarkan kaedah berikut:

‌الأصل ‌في ‌المعاملات ‌الإباحة

Hukum asal bagi muamalat adalah harus.

 
Namun begitu, keharusan hukum sesuatu perkara akan berubah menjadi haram apabila terdapat dalil pengharaman berkaitannya atau sebab-sebab yang boleh menjadikannya haram. (Bai’ al-Murabahah lil Amir bi al-Syira’ hal. 28)

Maka dalam kes begini, Ulama berbeza pendapat:

1. Kalau tidak berkaitan dengan kelayakan sijil degree/master/phd dia/ kenaikan pangkat/kenaikan gaji/kelayakan ikhtisas lain , sebahagian ulama membolehkan penulis mengambil upah tersebut. 

2. Jika assignment/tes/skripsi/desertasi itu berkaitan semua kelayakan dan kenaikan pangkat dan semacamnya seperti disebutkan di (a), maka itu termasuk tolong menolong dalam perkara haram, kerana penipuan pelajar tersebut.

Sebab tujuan penulisan akademik baik esei, tugasan, thesis, jurnal, dll adalah untuk memupuk skil mencari maklumat, menulis dan skil pelajar dalam mensaring, menganalisis maklumat dengan kritis.

Jika semua bentuk skil ini diabaikan dan maka ia sebenarnya memberi pengaruh kepada kelayakan dia atas sijil/pangkat yang bakal dia dapat/sandang.

Maka jenis (b) ini jelas satu bentuk tolong menolong dalam perkara dosa, dan hasil dari perkara dosa adalah haram.

Bagi menjawab persoalan yang diajukan, perkara-perkara yang diharamkan atau difatwakan haram adalah perkara yang tidak mempunyai nilai di sisi syarak. Dalam perbincangan fiqh berkaitan kontrak upah mengupah, manfaat atau subjek yang diakadkan mestilah perkara yang mempunyai nilai.

Ulama menyatakan bahawa sekiranya subjek yang diakadkan dalam kontrak upah mengupah melibatkan perkara yang haram, maka kontrak tersebut adalah haram dan diharamkan juga untuk seseorang mengambil upah daripadanya. (Mughni al-Muhtaj 445/3; al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie 3/219)

Perkara ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT berikut:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk melakukan kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (QS. al-Maidah: 2)

Di sini terdapat dua sisi keharaman:

1. Pelajar yang mengupah tugasan tersebut, kerana jika tugasan itu menyumbang kepada nilai gred dan kelayakan sijil, maka perbuatan tersebut haram kerana termasuk penipuan. Kerana tugasan bertujuan melatih pelajar untuk mencari maklumat dengan betul, kritis dalam menyaring dan menganalisis maklumat.

2. Orang yang menerima upah, juga terlibat dalam perkara dosa sama ada dia dibayar upah atau tidak, kerana tolong menolong dalam perkara penipuan. Usaha orang ini sedikit sebanyak menyumbang kepada gred yang baik kepada pelajar dan melayakkan dia mendapat sijil tersebut, yang sememangnya dia tidak layak pun sebenarnya. Wang hasil upah tersebut adalah haram dan tidak boleh dimanfaatkan.

Rujukan kitab :

Fatwa Soalajawab Islam no. 95893, 130118, 104812, 351559

Irsyad al-Fatwa no. 650

ariv yabarwiel
ariv yabarwiel " DUNIA TEMPAT DITINGGAL BUKAN TEMPAT TINGGAL " by : Arifullah

Posting Komentar untuk "Hukum Upah Menulis Skripsi"