Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Bagaimana Hukum GoFood ?

Hukum gofood

Darulihtidaulislam.com- Bagaimana hukum gofood masuknya muamalah apa ? Kalau aqadnya salam bukan kah akad salam tidak boleh pada makanan.....?

Secara asasnya, skema pembelian makanan dengan GO-FOOD adalah sebagai berikut:

Pelanggan memesan makanan tertentu kepada driver (pengemudi GO-JEK) dengan menggunakan aplikasi di smartphone.
Driver menerima pesanan tersebut kemudian membelikannya di tempat yang diminta.
Driver menalangi pembayaran pesanan dengan uang peribadinya.

Driver menghantar pesanan tersbut kepada pelanggan.Pelanggan membayar kos penghantaran (delivery) Pelanggan mengganti kos pembelian pesanan kepada driver.

Dari sini jelas menunjukkan Go-Food menggunakan akad bai’ wa salaf  (hutang dan jual beli).

Hutang (qardh) = dari driver go-food membayar dahulu biaya makanan kepada restoran, pembeli hanya akan membayar harga makanan tersebut setelah sampai ditangan Jual beli (ijarah) = bayaran upah jasa driver membeli makanan dari restoran lalu dihantar kepada konsumen. Disini tampak Go-Food menggunakan multi akad yang dilarang oleh jumhur ulama.

Maka para asatizah berbeza pendapat kepada:

1. Yang mengharamkannya seperti KH Shiddiq al-Jawi kerana menggabungkan dua akad dalam satu transaksi

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ سَلَفٍ وَبَيْعٍ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang menggabungkan antara akad jual-beli dan akad utang. (HR. Ahmad no. 6918 & Tirmidzi no.1278, sahih).

Dalam riwayat lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يَحِلُّ سَلَفٌ وَبَيْعٌ

Tidak halal, hutang digabung dengan jual beli. (HR. Ahmad no. 6671, Abu Daud no  3506 dan dihasankan Syuaib al-Arnauth).

2. Yang membolehkannya, yakni kebanyakan asatizah lain di Indonesia seperti Ust Dr. Erwandi, Ammi Nur Baits, Muhammad Abdul Wahab (Rumahfiqih), Ust Setiawan Tugiono (BimbinganIslam) dan selainnya.

Alasan mereka yang membenarkannya adalah, akad hutang tersebut bukanlah menjadi akad utama dalam transaksi tersebut, melainkan cuma mengikuti akad jual beli terdapat kaedah fiqh yang disampaikan al-Kurkhi,

الأصل أنه قد يثبت الشيء تبعاً وحكماً وإن كان يبطل قصداً

Hukum asalnya, terkadang ada sesuatu dibolehkan kerana mengikuti, meskipun batal jika jadi tujuan utama. (al-Wajiz fi Idhah Qawaid Fiqh hal. 340).

Dalam redaksi yang lain dinyatakan,

يثبت تبعاً ما لا يثبت استقلالاً

Jika mengikuti boleh, jika berdiri sendiri tidak boleh. (al-Qawaid al-Fiqhiyah ‘ala al-Madzahib al-Arba’ah, 1/468).

Jika kita perhatikan dalam akad Go- Food atau Go-Mart, pada dasarnya hutang yang dilakukan pelanggan, sama sekali bukan tujuan utama akad itu cuma sampingan dari akad hantar pesanan makanan/barang. Sehingga tidak diperhitungkan. 

Dan sebenarnya pelanggan juga tidak ingin berhutang, kerana dia mampu bayar penuh.
Sementara driver juga tidak membuka perkhidmatan penyediaan hutang, kerana bagi dia, talangan rksikonya lebih besar sementara itu, niat mempengaruhi kondisi akad. Ada kaidah menyatakan:

القصود في العقود معتبرة

“Niat dalam akad itu ternilai”

Sedangkan larangan menggabungkan hutang dengan jual beli, akad yang dominan adalah hutangnya. Andai tidak ada hutang, mereka tidak akan jual beli.

Sementara dalam kes Go-Food dan Go-Mart, yang terjadi, akad hutang hanya sampingan saja,  yang sebenarnya tidak diharapkan ada oleh kedua belah pihak.

Oleh kerana itu, jika alasan dilarangnya transaksi Go-Food itu adalah dalil larangan menggabungkan transaksi jual beli dengan hutang, maka ia tidak dapat diterapkan pada kes ini.

Alasan seterusnya kenapa boleh, kerana hadith “tidak boleh menggabungkan antara hutang dengan jual beli”, hadith ini sebagai saddu dzariah, atau sebagai larangan agar menutup segala celah yang akan membawa pada perkara haram, iaitu riba. 

Dalam kaedah fiqh, jika ada sesuatu perkara yang dilarang kerana saddu dzariah, terkadang dibolehkan jika memang ada keperluan  yang mendesak dan maslahat besar jika dilakukan. Dalam kaedah menyebutkan:

ما حرم سدا للذريعة أبيح للحاجة

“Sesuatu yang diharamkan kerana saddu dzariah, terkadang dibolehkan jika ada keperluan/maslahat”.

Demikian halnya masalah transaksi Go-Food, shopee food atau grabfood, ada maslahat besar dibalik transaksi tersebut, apalagi dimasa pandemi dahulu.

Di sisi lain juga, ia menjadikan banyak orang mendapat mata penghasilan untuk memenuhi keperluan keluarganya yang mana banyak dari mereka terjejas secara ekonomi kerana keadaan pasca-pandemik seperti sekarang.

ariv yabarwiel
ariv yabarwiel " DUNIA TEMPAT DITINGGAL BUKAN TEMPAT TINGGAL " by : Arifullah

Posting Komentar untuk "Bagaimana Hukum GoFood ?"